“Tak tinggal tepi jalan tapi tinggal mak dekat toilet melaka sentral” – Wanita dikecam seronok kongsi aib sendiri

Oleh KIM SYAZIE

Tular di Twitter video seorang wanita yang berkongsi bagaimana dia tinggal ibunya di tandas stesen bas dan bukan di tepi jalan.

Video tersebut dikongsi @Januarhaikal yang mengecam tindakan wanita yang bangga berkongsi cerita tersebut semasa sesi siaran langsung.

Kapsyen dalam video tersebut juga menyatakan bahawa si ibu mengalami masalah mental hingga menyebabkan anaknya nekad meninggalkan wanita malang itu.

Malah dia sudah merancang dengan suami di tempat mana paling sesesuai untuk meninggalkan ibunya.

Lebih menyedihkan ibunya ditinggalkan ketika sedang ke tandas bersamanya dan anak dipaksa lari selepas nenek masuk ke tandas.

Tidak dapat dipastikan bila kes ini berlaku, kemungkinan sudah bertahun dan baru diceritakan semula.

Rata-rata warganet tidak menyangka wanita tersebut sanggup melakukan perkara tersebut di hadapan anak yang masih kecil.

Jika benar ada sisi lain cerita ini, tidak perlu sampai bercerita di khalayak ramai cara kamu membuang ibu, tak kira ada tempat berteduh atau tepi jalan sekalipun.

Baca juga: Hiba digelar biawak hidup, rupanya ini punca Azhar Sulaiman aktif di Tik Tok