Walaupun nampak sedikit namun bantuan barangan sumbangan Asas Rahmah (SARA) amat membantu keluarga yang kurang berkemampuan.
Jika dilihat antara barang dalam kategori SARA adalah beras dan minyak masak dalam botol, itu antara dua barangan yang boleh dikatakan mahal untuk dibeli.
Kini selepas menerima pelbagai pendapat, kerajaan MADANI memutuskan untuk menambah kategori barangan di bawah kategori barangan SARA.
Menurut Berita Harian, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peluasan kategori barangan yang dibenarkan di bawah SARA adalah hasil maklum balas diterima daripada majoriti penerima.
“Arakian kerajaan bertindak segera untuk melaksanakannya. Insya-Allah, Kerajaan MADANI akan terus menambah baik pelaksanaan program SARA daripada semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan Kementerian Kewangan (MOF).
Dalam pada itu, MOF berkongsi lebih 3.9 juta penerima SARA sudah mula menggunakan MyKad untuk membeli barangan asas daripada kedai yang berdaftar.
Malah mulai April, penerima SARA ditingkatkan daripada 700,000 kepada 5.4 juta orang malah kedai runcit dan pasar raya berftar juga sudah mencecah lebih 3,700 buah di seluruh negara.
“Seramai 72 peratus daripada jumlah 5.4 juta penerima SARA mula berbelanja menggunakan MyKad dalam bulan pertama pengkreditan SARA.
“Mulai 1 Mei, program SARA juga ditambah baik melalui peluasan barangan asas yang dibenarkan.
“Ini meliputi produk kebersihan rumah seperti sabun atau serbuk pencuci untuk pakaian, pinggan mangkuk dan lantai,” jelasnnya.
Baca juga: Malaysia pun ada kereta mewah buatan sendiri kalah Rolls Royce