Biasalah kalau tandas kerap digunakan, ia pastinya akan meninggalkan bau dan ada masa bau dari dalam lubang tandas juga naik ke permukaan.
Kalau ada tetamu datang nak tumpang tandas dan masa itulah baunya tiba-tiba kuat mesti rasa malu akan timbul.
Ikuti perkongsian pengguna Facebook, Family jirayut tentang cara nak hilangkan bau dalam tandas.
Cara hilangkan bau tandas
Bahan-bahan:
- Air satu mangkuk saiz sederhana
- Garam satu sudu besar
Cara-cara:
- Masukkan satu sudu garam ke dalam air dan kacau hingga ia larut.
- Kemudian tuangkan ia ke dalam lubang tandas.
- Biarkan ia selama 10 minit sebelum tekan butang atau tarik tali untuk flush air ke dalam tandas.
Ini adalah cara yang boleh dilakukan seandainya kehabisan pewangi dalam tandas dan boleh sahaja beli peralatan yang memudahkan untuk mewangikan tandas.
Malah sudah ada banyak kedai yang menawarkan pewangi yang boleh diletakan di tandas duduk mahupun tandas cangkung pada harga mampu milik.