Biaslah bagi pembeli yang mahu membeli produk untuk tanya lokasi untuk membeli produk namun penjual ini tiba-tiba sahaja bertutur dalam bahasa Inggeris.
Apa yang lebih kelakar dia juga tidak menjawab persoalan yang ditanya pembeli malah marah-marah bila pembeli tidak memahami apa yang dituturkan.
“Ada ready stock (barang sedia ada) tak awak? Awak area (kawasan) mana?” kata pembeli tersebut dalam mesej bersama penjual.
Namun dibalas sinis penjual apabila wanita itu memintanya bercakap sahaja dalam bahasa Melayu. Penjual itu menyatakan bahawa wanita itu cemburu dengannya.
“Oh sorry, of course you are jealous of me. I hate you. Your English is very E or not,” katanya dalam pelat pantai timur.
Pengguna Twitter juga pelik dengan tindakan penjual yang tiba-tiba sahaja bercakap bahasa Inggeris dan bersetuju lebih memahami bahasa Melayu.
“Aku lagi faham loghat kelantan dia daripada bahasa Inggeris dia. “
“Bukan nak judge (hukum) tapi daripada dia speaking (cakap bahasa Inggeris) lebih baik dia lukis je peta nak ke tempat pickup tu,” ujar Aiman.
“Ingatkan listening (ujian mendengar) Sijil Pelajaran Malaysia dah cukup tak faham dengan lajunya dengan loghat British. Tapi ni lagi teruk, lagi susah nak faham,” tambah @unlovablegirl2.
Sebagai penjual jagalah adab dengan pembeli, kalau anda biadap maka tiada siapa akan membeli produk yang dijual, ruginya nanti anda juga.
Baca juga: “YB macam mana ‘zoo’?”, Timbalan Speaker terkejut dengar pertanyaan rakyat