Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang buat pertama kalinya menganjurkan acara menembak gagak yang dinamakan sebagai Operasi ‘Crow Sharpshooter MBSP 2022 (OPS Cross MBSP 2022) sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan populasi gagak di Seberang Perai.
Menurut Datuk Bandar MBSP, Datuk Azhar Arshad, operasi ini akan diadakan pada 13 Ogos 2022 bagi seluruh Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Utara pada 24 September dan Seberang Perai Selatan pada 15 Oktober 2022.
“Insentif yang disediakan oleh MBSP kepada penembak gagak ialah bayaran RM5 bagi setiap ekor gagak yang berjaya ditembak serta juga Trofi Anugerah Penembak Terbaik per edisi dan Trofi The Crow Sharpshooter kepada penembak terbaik keseluruhan.
“Pemilihan lokasi-lokasi tersebut adalah berdasarkan aduan yang diterima oleh jabatan dan tidak dinafikan kewujudan burung gagak tersebut berkait rapat dengan isu kebersihan.
“Operasi memembak gagak ini merupakan inisiatif MBSP bagi mengurangkan dan mengawal populasi gagak di seluruh kawasan Seberang Perai,” ujar beliau
Baca juga: Rakyat tanggung kos hidup makin mahal akibat penguatkuasaan kerajaan lemah, gagal
Baca juga: Tak tahan didera keluarga angkat, remaja nekad larikan diri ke balai polis