Tekad sewa trak tunda bawa Mercedes keliling bandar, rupanya ini punca sebenar

Oleh KIM SYAZIE

Harapan untuk bergaya dengan kereta mewah, Mercedes Benz pudar apabila kenderaan tersebut rosak dalam tempoh tak sampai dua bulan.

Malang tidak berbau, kereta baharu yang diganti oleh syarikat ternama itu turut gagal berfungsi dalam masa 24 jam kenderaan itu dihantar.

Berang kerana telah berbelanja ratusan ribu ringgit demi memiliki kereta tersebut, pemilik kenderaan itu bertindak menyewa satu trak tunda.

Kereta Mercedes Benz model S Class 580e berwarna putih yakni kereta pertama dibeli diletakkan di atas trak itu sebelum dibawa keliling bandar.

Kereta tersebut turut dipenuhi dengan tampalan nota kertas dipercayai ‘mengutuk’ kualiti dan prestasi kereta mewah itu.

“Kualiti teruk. Mercedes-Benz baharu S580e rosak dalam masa satu bulan 23 hari,” tulis nota yang dilekatkan di sekeliling kereta itu.

Baca Artikel Penuh