Tengku Adnan penipu dan sombong, kata rebel Umno

Oleh MALAYSIADATELINE

Era Najib sebagai Presiden Umno akan dikenang dalam sejarah bukan saja kerana kelemahan pentadbirannya, tetapi kerana penipuan demi penipuan dan keangkuhan melampau dilakukan Setiausaha Agung Umno  Datuk Seri  Tengku Adnan Tengku Mansor, bidas Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM).

Pengerusinya Kamarulazman Habibur Rahman mendakwa Tengku Adnan bertindak sesuka hati dan mengeluarkan kenyataan seakan akan Umno itu adalah miliknya.

“Terbaru beliau membuat pembohongan apabila mengatakan bahawa beliau telah memberitahu Muhkriz Mahathir bahawa Muhkriz tidak perlu hadir dalam mesyuarat tertinggi Umno yang diadakan pada 29 Januari lalu.

“Kenyataan ini disangkal oleh Muhkriz kerana beliau tidak bercakap dengan Adnan melalui telefon.

“Ini tidak menghairankan kerana bukanlah kali pertama SUA paling angkuh dalam sejarah Umno berbohong.

“Dia mengurus Umno sesuka hatinya,” ujarnya dalam satu kenyataan.

Pengerusi GKCM Kamarulazman Habibur RahmanMalah Kamarulazman berkata kenyataan Tengku Adnan minggu lalu berkaitan ketua-ketua bahagian Umno Kedah tidak melakukan kesalahan apabila hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz, sedangkan ketua-ketua cawangan dari Teluk Kemang dihadapkan ke Tribunal Disiplin umno apabila menyuarakan hilang kepercayaan terhadap Presiden.

“Mereka akhirnya digantung hak selama 6 tahun.

“Ku Nan cuba berbohong apabila mengatakan ada perbezaan diantara dua kes inI.

” Sebenarnya kedua-dua kes adalah sama kerana masing masing menggunakan saluran media untuk menyuarakan pendapat mereka.

“Ku Nan ingat semua orang dalam Umno bodoh? Kaki bodek yang diberi nyawa politik kali kedua ini adalah tukang ampu paling buruk dalam sejarah dunia,” ujarnya.

Kedangkalan Najib selaku Presiden bagi mengajar Ku Nan berkaitan dengan tuntutan Pelembagaan Umno akan menjadi penyebab kepada kejatuhan Umno dalam PRU ke-14 nanti.

Pada Jumaat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir diminta keluar daripada Mesyuarat ahli Majlis Tertinggi (MT) yang berlangsung di Menara Dato Onn kerana beliau dimaklumkan terpaksa meninggalkan mesyuarat atas arahan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor.