Tepis dakwaan untung syarikat RM40 juta, ini penjelasan Wawa Zainal

Oleh KIM SYAZIE

Zakat perniagaan adalah zakat yang wajib dikeluarkan hasil daripada harta perniagaan sama ada melibatkan barangan atau perkhidmatan

Tidak mahu terlepas daripada tanggungjawab, pelakon dan usahawan Wawa Zainal dan suami Aeril Zafrel menunaikan zakat perniagaan sebanyak RM1 juta.

Disebabkan itu, mulalah timbul spekulasi bahawa untung bersih perniagaan cecah RM40 juta lapor Kosmo! Online.

Ini adalah disebabkan peniaga wajib membayar kadar zakat sebanyak 2.5% atau 1/40 daripada nilaian harga kesemua barang yang dijual atau perkhidmatan pada tarikh cukup haul.

Tidak mahu info tidak tersebar, Wawa memaklumkan sudah menjadi kebiasaan mereka membayar zakat perniagaan ‘ekstra’ kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS).

“Tak pun (jumlah RM40 juta) cuma memang nak bayar lebih,” ujar Wawa.

Jelas Wawa lagi, dia membayar lebih zakat perniagaan untuk membantu mereka yang lebih memerlukan bantuan.

“Rezeki yang diperoleh ini bukan hanya milik kita, tetapi ada bahagian untuk mereka yang lebih memerlukan.

“Zakat adalah salah satu cara untuk membersihkan harta dan pada masa yang sama membantu mereka yang berada dalam kesusahan,” katanya.

Baca juga: “Program nyanyian ‘popular’ hanya malukan artis” – Man Bai tolak tawaran berduet