1. Kini musibah banjir telah masuk Hari Ke-Enam (23/12/2021-Khamis) di Sepang. Alhamdulillah dari sudut cuaca, boleh dikatakan ia makin beralih kepada keadaan normal. Di sebelah siang, cuaca agak panas terik. Air banjir semakin mengering di majoriti lokasi.
Seawal subuh, saya telah menerima jadual tentatif program yang ditentukan untuk saya seperti berikut:-
JADUAL 23 Dec 2021.
LOKASI 1
Lokasi: PPS Labu Lanjut
Masa: 10.45am pagi
PIC:- Wan & Ayed
LOKASI 2
Lokasi: SK Salak
Masa:11.15am pagi
PIC:Wan & Ayed
LOKASI 3
Lokasi:SK Sungai Pelek
Masa :12.30pm
PIC:Wan & Ayed
LOKASI 4
Lokasi: SRA Jenderam Hilir & SK Jenderam Hilir
Masa:1.30pm
PIC:
2. Begitulah lazimnya – hampir setiap hari- team saya mengatur jadual tentatif harian saya. Selalunya, saya walak pada ketetapan jadual yang team saya atur. Depa lebih arif.
Oleh kerana ia bersifat sekadar tentatif, pematuhan jadual itu mungkin tidak semestinya dapat atau mampu dilaksanakan 100% kerana kewujudan antaranya, faktor-faktor di luar kawalan team kami.
3. Di Kampung Labu Lanjut, awalnya, destinasi kami adalah ke rumah dan pejabat Ketua Kampung Labu Lanjut – Tok Damarulan (“Tok Lan”)
Setakat pemerhatian saya, Tok Lan dan para AJK beliau amat kuat berkerja membantu rakyat khususnya para mangsa banjir di Labu Lanjut.
Pejabat beliau atau kami panggil “Markaz Tok Lan” begitu aktif dari awal pagi hingga lewat malam membantu rakyat di situ.
Di situ, juga dah macam “Emporium Mini” berkumpul semua barangan sumbangan orang ramai.
Bezanya, jika di emporium hangpa kena bayaq bila ambil barang, di markaz itu para mangsa di kampung dan taman di situ boleh ambil barang secara free.
Alhamdulillah, rata-rata para mangsa mengambil barangan di situ secara bertanggungjawab – depa ambil sekadaq yang depa perlu sahaja. Depa tetap ingat mangsa-mangsa lain…depa tak selfish.
Sudah tentu ada juga pihak tertentu yang juga pi ambil lebih dari sekadar keperluan, akan tetapi jumlah golongan itu agak terlalu kecil.
Suatu yang agak lucu dan menarik untuk dicatat di sini, meskipun Tok Lan boleh dikatakan begitu rajin dan amat aktif membantu rakyat di di situ, masih juga ada suara-suara nakal yang berbunyi dan memfitnah kononnya beliau tidak turun padang membantu. Yang lagi menarik ada juga yang percaya fake news itu.
Maaf, sedikit selingan. Ayat lazim yang para pemimpin – tak kira di tahap lapisan mana pun depa -kena pekakkan telinga depa adalah fitnah dan tuduhan palsu yang dakwa kononnya para pemimpin tak turun bantu atau tak nampak muka depa semasa musibah sedangkan para pemimpin itu dah hampir nak pengsan berusaha membantu.
Kenapa itu berlaku?
Jawapan mudah sebab yang mudah kerana sama ada pihak yang dengki dan iri hati atau ada masalah dengan definisi depa mengenai maksud turun padang atau nampak muka itu?
Bagi depa, hanya jika pemimpin itu mungkin datang rumah atau kampung/taman/kawasan depa baru depa didefinisi atau habaq pemimpin itu nampak muka.
Atau jika pemimpin tu sibuk beraksi depan camera misalnya ketika sedang pikul barang dalam air banjir – maaf sekadar contoh.
Bila “National Embarassment” pi turun di beberapa lokasi di Sepang dengan foto dia terpampang di sini-sana, tu dia ada pihak yang laju WA saya seperti berikut:-
“Terbaik bossku, di mana YB Hanipa Maidin?”
Saya jawab :
“Maaf, saya tidor, tak buat apa-apa pun, terima kasih sangat-sangatlah. National Embarrassment” mai datang bantu rakyat Sepang dan dia tak perlu pi Pahang sebab Pahang tak banjir!”.
Kadangkala saya dok terfikir sorang-sorang pihak yang bila depa tu lahir lahir je kat dunia ni dah biasa senang dan tak pernah rasa susah, depa boleh rasai betul-betul ke kesengasaraan rakyat hanya bila depa “berlakon” konon bersama rakyat susah ? Ehemmmm
4. Di Kampung Labu Lanjut, Tok Lan bawa team kami melawat beberapa rumah mangsa banjir. Sempat juga bertemu beberapa sukarelawan/wati dari pelbagai tempat yang datang membantu melakukan kerja-kerja pembersihan.
Ada juga para sukarelawan/wati dari kementerian yang mai. Bila depa dapat tahu saya adalah YB Sepang, depa minta nak bergambaq pulak. Biasanya depa kenal sebab tonton youtube sidang parlimen. Itu yang biasa depa habaq kat saya.
Saya bergurau dengan depa “nanti jika boss hangpa tahu ambil foto dengan YB Sepang kan susah!” Depa senyum dan ketawa.
5. Selepas Labu Lanjut, team kami pergi ke SK Salak yang juga diwarta sebagai PPS dan di situ, antaranya, kami serahkan barangan mainan untuk kanak-kanak.
Ketika kami sampai agak ramai mangsa di situ yang pulang sebentaq ke rumah depa untuk tengok keadaan rumah depa dan juga untuk membersihkan rumah. Maka, kami tidak lama di situ.
Kami bergerak pula ke SRA Jenderam Hilir yang juga menjadi lokasi PPS. Kami sempat bertemu Ketua Kampung – Tok Husni.
Di samping diberi taklimat oleh beliau tentang status terkini banjir di Jenderam, team kami juga sempat serahkan sedikit barangan kepada beliau.
Saya lihat di PPS itu juga penuh dengan lambakan pakaian terpakai.
I have something to say about sumbangan pakaian terpakai ini yang ada ciri, orang putih habaq, rummage sale.
InsyaAllah bersambung…