“Terbaiklah Agong kita tahun ni”, rakyat teruja pertama kali Yang di-Pertuan Agong belanja karaoke atas pentas

Oleh KIM SYAZIE

“Aksi bersahaja Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menyanyi di atas pentas ketika Majlis Pelancaran Kembara Borneo baru-baru ini menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang tular di TikTok, baginda berkenan untuk menyampaikan lagu Butakah Cinta nyanyian asal kumpulan Spring di hadapan rakyat.

Dalam perkongsian tersebut, Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menemani baginda ketika berada di pentas bersama puteri-puteri kesayangan mereka.

Malah ketika itu, penari-penari (dancer) paling bertuah kerana diberi peluang berdiri sepentas dengan Agong da bergambar rapat dengan baginda.

Agong juga tidak kelihatan canggung apabila dikerumuni rakyat di atas pentas.

https://vt.tiktok.com/ZSLvpp5dV/

Teruja melihat aksi spontan dan bersahaja mereka, perkongsian tular itu menarik perhatian warganet yang memuji kesantunan kedua-dua baginda diraja dalam menghiburkan hati rakyat.

“Agong paling sempoi. Selalu turun padang. Banjir pun dia redah masuk turun beri bantuan. Terbaik,” komen pengguna TikTok

“Susah tau nak cari Agong sporting macam ni”

“Dah terasa sedih mereka berdua dah nak balik Pahang”.

“Daulat Tuanku. Terbaiklah Agong kita tahun ini sporting habis,” komen pula yang lain.

Baca juga: “Gila viral tak bertempat” – Lelaki rakam anak main pam zakar dikecam warganet