Terbuai emosi, penyangkut baju jatuh pun boleh buat wanita menangis

Oleh KIM SYAZIE

Perkataan emosi sangat sinonim dengan makhluk ciptaan tuhan yang bergelar wanita khususnya dari sisi negatif seperti sedih dan marah.

Walaupun lelaki juga mempunyai perasaan tersebut, namun kaum Hawa lebih cenderung untuk meluahkannya berbanding kaum Adam.

Sedar akan isu yang berlegar di media sosial saat ini, seorang wanita tampil berkongsi bagaimana rapuhnya emosi orang perempuan.

Wanita yang menggunakan akaun @najihahshahrel itu berkata, sepanjang hidupnya, dia juga sering menangis disebabkan perkara yang amat remeh.

Mungkin tidak logik dari sudut pandang lelaki, namun situasi itu merupakan norma dalam kehidupan seharian seorang wanita.

“Apa benda paling bodoh yang kau orang pernah nangis? Saya pernah nangis sebab hanger (penyangkut baju) jatuh dan saya terlalu penat nak kutip,” ciapnya.

Setakat ini, hantaran tular yang dimuat naik di aplikasi sosial media Twitter itu telah ditonton oleh hampir 600,000 pengguna.

Baru-baru ini, tular video seorang ibu mengandung menangis teresak-esak kerana suaminya tidak membeli telur sebelum berangkat ke tempat kerja.

Terharu dengan kegigihan suami meminjam motor rakan untuk membawa pulang telur, wanita itu bertindak meluahkan rasa sedihnya itu dengan memuat turun video tersebut.

Rakaman itu telah mengundang perbincangan hangat khususnya buat lelaki bujang yang ‘seram’ untuk berumahtangga.

Baca juga: Penternak berputih mata, 6 ekor lembu dilelong majlis perbandaran sebab berkeliaran