Bila menghadapi tekanan, setiap orang ada cara bebeza untuk menghilangkan ‘stress’ tersebut, ada yang mendekati Tuhan, ada juga semakin menjauh.
Umum tahu hukum mencacah tatu adalah haram meskipun apa sahaja alasan diberikan anak muda zaman kini.
Buat pelakon sensasi Fatiya Latiff akui pernah membuat tatu semasa dalam episod ‘gelap’ hidupnya dua tahun lepas dan menyesal akan keputusan berkenaan lapor Kosmo! Online.
“Saya terbuat. Ketika itu saya stres kira-kira dua tahun lepas. Tanpa fikir panjang, saya terus buat (cacah tatu).
“Tapi mak saya dah suruh buang tatu ini. Cuma saya tiada masa lagi nak buang. Tengah tunggu masa yang sesuai untuk buang.
“Sewaktu ibu dan bapa saya tahu tentang tatu ini, sudah tentulah mereka marah. Tetapi mereka tidaklah marah yang terlalu teruk.
“Kerana mereka tidak mahu saya jadi lebih tertekan,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.
Jelas Fatiya lagi, tatu dilengannya bermaksud ‘Angel On Earth’ (bidadari di atas bumi).
Teharu masih terima watak
Walaupun sering dihimpit kontroversi, Fatiya akui terharu apabila diberikan watak oleh penerbit Erma Fatima.
“Saya terharu bila Erma cakap dia nampak bakat saya sebagai seorang pelakon yang hebat. Saya tanya dia kenapa cakap begitu? Sebab saya tak rasa saya seorang pelakon yang hebat. Saya rasa saya biasa-biasa saja.
“Jadi bila Erma cakap macam tu saya tersentak. Sebab saya tak sedar tentang hakikat ini. Yang saya tahu Erma kesian pada saya dan ingin beri peluang untuk saya kembali berlakon.
“Bukan satu drama yang ditawarkan, malah ada dua drama yang saya telah saya lakonkan bersama Erma. Insya-Allah ada satu lagi drama yang masih dalam perbincangan,” ujarnya.
Baca juga: Leona bercita-cita jadi ibu sepenuh masa, rela tinggal kerjaya walau pernah raih RM20K sebulan