“Tergamak kakak ipar guna masalah rumah tangga dia untuk raih perhatian suami aku”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita langsung tidak menyangka bahawa kehadiran insan bergelar kakak ipar bakal menjadi punca keretakan rumah tangga yang dibinanya selama ini.

Ikhlas menyayangi kakak ipar seperti saudara kandung, wanita itu malah dikhianati apabila isteri kepada abangnya itu menjadi orang ketiga di dalam perkahwinannya.

Mengakui hatinya tercarik luka, berikut adalah perkongsian wanita yang sudah tidak mampu lagi memendamkan perasaan demi menjaga tali silaturahim keluarganya.

“Aku nak cerita tentang kakak aku. Sebenarnya kakak ipar. Isteri kepada abang aku. Mereka sudah berkahwin selama 10 tahun. Anak seorang. Aku sayang kakak ipar ini. Kami sekeluarga panggil dia ‘akak’. Anak dia pun aku sayang sangat. Tetapi abang aku pula yang bermasalah. 

“Perangai macam syaitan bila dengan isteri (bukan sepanjang masa, ada pasang surutnya). Dengan aku dia ok sahaja. Tetapi aku tahu segala masalah rumahtangga mereka. Macam mana aku tahu? Tiada rahsia pun, si akak ini akan cerita dekat keluarga kami. Dekat mak aku pun selalu dia mengadu kat Whatsapp macam-macam.

“Kakak ipar selalu ‘up status’ Facebook (FB) yang membuatkan semua orang tahu dia ada masalah rumahtangga. Bukan mak ayah aku tak tegur abang. Sudah berbuih mulut. Macam-macam air penawar bagi. Walaupun dia abang kandung, tak pernah aku sokong abang. Selalu menyebelahi akak. Simpati sangat dengan nasib akak sebab dapat suami macam abang.

Baca Artikel Penuh