“Terharu dia ikhlas melamar lepas terlanjur, tapi kami tak boleh kahwin sebab suami aku hilangkan diri”

Oleh WAN SITI AMINAH

Seorang wanita berusia 26 tahun terpaksa hidup bagai ibu tunggal walau masih memiliki suami sambil bergantung kepada bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mempunyai tiga orang anak, wanita yang tidak bekerja itu rupanya telah ditinggalkan oleh suaminya tanpa khabar berita di saat kandungannya masih berusia lapan bulan.

Setelah sekian lama hidup menderita, berikut perkongsian wanita yang berada dalam dilema apabila pintu hatinya mula diketuk lelaki lain ketika dirinya belum sah bercerai.

“Sekarang ini segala perbelanjaan, saya bergantung kepada duit bantuan RM200 daripada JKM termasuklah persekolahan anak, makanan, pakaian dan lampin. Dengar cerita, suami saya pergi ke negara seberang. Tetapi saya tak tahu dia ke mana. Menghilang tanpa sebab dan jejak. Keluarga dan kawannya juga tidak tahu dia dimana.

“Saya sudah memfailkan permohonan tuntutan nafkah anak daripada tahun 2017 di mahkamah. Tetapi setiap kali bicara, dia langsung tak hadir. Sudah masuk 10 kali dia enggan bekerjasama. Malah, saya juga kalah di dalam kes tuntutan hak nafkah buat anak-anak disebabkan dia tidak dapat dikesan.

“Waran tangkap sudah dikeluarkan, tetapi suami masih tak dapat dikesan. Saya tak dapat buat apa-apa lagi selain berdoa semoga dia terbuka pintu hati untuk jalankan bertanggungjawab terhadap anak-anak kami. Masalahnya sekarang, saya sedang berkawan rapat dengan seorang lelaki bujang dan kami pernah terlanjur. 

Baca Artikel Penuh