Selalunya mee bandung ini kita beli di kedai atau dimasak ketika perayaan sahaja tapi kalau tiba-tiba craving masa tu jugalah sibuk google resepi.
Pengguna Facebook, Wafiza Amir berkongsi cara senang untuk buat mee bandung dengan cepat untuk pengguna lain.
Resipi kuah Mee Bandung

BAHAN-BAHAN:
- 3 ulas bawang putih – tumbuk kasar
- 1 biji bawang merah – tumbuk kasar
- Isi udang secukupnya
- Isi ayam secukupnya
- Cili kisar secukupnya – jumlahnya bergantung pada kepedasan yang disukai
- 3 sudu makan sos tomato
- Sayur secukupnya (tomato, kubi, jagung muda, cili padi)
- 1 jug air atau secukupnya
- 2 sudu makan tepung jagung (bancuh dengan 1 cawan air)
- 3 biji telur
- Gula, garam dan serbuk perasa secukupnya
- Minyak masak secukupnya
- Mi kuning secukupnya
CARA MEMASAK:
- Panaskan air panas dan celur mi kuning. Angkat dan toskan. Dalam periuk berlainan, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi.
- Masukkan isi ayam dan udang. Tumis lagi hingga masak.
- Kemudian masukkan cili kisar. Tumis lagi hingga cili pecah minyak.
- Setelah cili garing, masukkan air. Kacau sebati.
- Seterusnya masukkan sos tomato dan juga sayur-sayuran. Biar hingga sayur lembut.
- Perasakan dengan garam, gula dan juga serbuk perasa dengan secukupnya.
- Masukkan bancuhan tepung jagung. Sebatikan.
- Bila kuah sedang menggelegak kuat, pecahkan telur kemudian terus tutup api.
- Kuah Mee Bandung siap untuk dihidangkan bersama dengan mi kuning yang telah dicelur dengan air panas.
Mana-mana mak-mak, si bujang atau ibu mengandung yang craving, boleh cuba resipi yang dikongsi Wafiza Amir.
Baca juga: Kalau jumpa dekat pasar malam mesti beli! Wanita kongsi resepi kuih peneram