Terkedu netizen google stroller anak MUA Bellaz, harga cecah RM23,000

Oleh KIM SYAZIE

Telatah ketika bersiap sentiasa menarik perhatian ramai, jurusolek popular, MUA Bellaz pastinya dikenali dalam kalangan wanita.

Bukan sahaja dirinya menjadi perhatian warganet malah anaknya, Nur Aisywara Nealofa juga terkenal kerana wajahnya yang persis anak patung.

Genetik memang cantik-cantik belaka namun kini perhatian warganet tertumpu kepada stroller anak perempuannya dari jenama Dior.

Umum pastinya tahu harga jenama ini bukanlah murah malah harga stroller bayi itu mencecah RM23,000.

Namun Bella atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini pernah memaklumkan bahawa stroller tersebut adalah hadiah buat anak perempuannya.

Rata-rata warganet terkejut melihat stroller berjenama tersebut apatah lagi harganya sama macam yuran pengajian diploma.

“RM23,000 stroller tu.

“Stroller boleh dapat sebiji kereta.

“Stroller inilah yang pengasas CPG bagi hadiah tu? Jarang Bellaz guna. Simpan sebab mahal ke Diorrr,” antara komen netizen.

Baca juga: Lilin selalu hilang masa blackout? Rupanya boleh buat sendiri guna 2 bahan ini