Dah 2025 tapi harga yang dijual macam tahun 90-an. Begitulah kisahnya di negeri utara Malaysia nun di Kedah apabila ada restoran yang masih menjual dengan harga yang rendah.
Semalam tular video di tiktok ada warung tepi jalan di Alor Setar Kedah yang masih menjual air bungkus dengan harga 50 sen sahaja.
Lelaki yang bekerja sebagai pekerja kontrak di jalan itu ternyata terkejut dengan harga yang dibeli. Dia yang dilihat membeli teh O ais bungkus ikat tepi itu menunjukkan lokasi warung yang dibeli.
Katanya dalam video, air yang dibeli hanya 50 sen sahaja sebungkus manakalah air milo ais RM1.
Warganet turut memberikan respon positif di ruangan komen. Malah ada yang mendoakan peniaga seperti ini dimurahkan rezeki sebab menghilangkan dahaga orang ramai.
“Murah betul makcik ni berniaga. Air Teh O Ais ikat tepi RM0.50 je. Kalau Milo RM1. Murah rezeki makcik, dapat hilangkan dahaga orang,” tulisnya
“Makcik ni mesti berniaga sambil bersedekah. Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki,” tulis pengguna @Kakiikan.
baca: Nah juruterbang kongsi ‘trick’ macam mana orang selalu dapat tiket kapal terbang murah