Baik selebriti atau orang biasa, kebanyakan akan sebolehnya cuba berjimat cermat apatah lagi ketika menaiki kapal terbang.
Umum tahu harga setiap tempat duduk dalam kapal terbang bergantung kepada keselesaan maka ada yang sanggup bayar lebih namun ada juga memilih untuk berjimat.
Menerusi perkongsian di Instagram, pelakon Fasha Sandha berkongsi kisah dia dan keluarga ditegur seorang pramugari hanya kerana memilih untuk duduk di kelas ekonomi.
Jelasnya dia berkongsi bukan atas niat untuk mengaibkan tapi berharap ia dijadikan pengajaran buat pramugari.
“Sejujurnya, sejak saya umur 18, sejak mampu naik pesawat, saya memang ajar diri saya selalu di kelas ekonomi, mampu atau tidak, belakang kira, tapi saya memilih untuk berjimat cermat daripada membazir untuk perkara tidak perlu.
“Tiba-tiba ada pramugari yangv menyambut kedatangan kami dengan ayat ‘Fasha Sandha ekonomi kelas’, terkejut sata dengan anak-anak sebab ini kali pertama ditegur sedemikian,” kongsinya dalam hantaran tersebut.
Bagaimanapun Fasha memaklumkan bahawa pramugari tersebut sudah meminta maaf namun mengakui dirinya masih terkejut selepas mendengar ayat itu.
“Lepas saya ambil gambar krew tu untuk beri kepada khidmat pelanggan, seorang pramugari datang dan bertanya apa yang terjadi.
“Selepas berkongsi kejadian tersebut, pramugari pertama tu datang meminta maaf dan saya maklum kepada dia sepanjang hidup saya tak pernah ada seorang pun tanya soalan begitu.
“Sebagai pramugari tak patut tanya soalan yang mengguriskan hati penumpang, lalu dia meminta maaf.
“Saya harap kisah ini dijadikan pengajaran buat semua pramugari lain juga, apa yang terlintas di hati tu, simpan je dalam hati, tak perlu terkeluar kata-kata di mulut di depan anak saya dan orang lain.
“Jagalah hati penumpang anda. Apa salahnya kami naik economy class? Tak kisah kelas apa pun, kita semua sama. Tak perlu luah dengan kata-kata,” tambahnya.
Baca juga: Ustazah Asma’ Harun tegur wanita ikut ‘trend’ joget ambil duit raya, nasihat jaga akhlak