Terkejut pembayaran akhir rumah dipotong dua kali, pengguna minta Maybank naik taraf sistem

Oleh KIM SYAZIE

Bila semua perkara boleh dilakukan secara atas talian maka ia seharusnya menyenangkan para pengguna tetapi lain pula kejadian kali ini.

Dua transaksi telah dilakukan dengan hanya selang lima saat sahaja, ini pastinya buka kesalahan manusia tetapi lebih kepada kelemahan sistem.

Seorang pengguna Facebook, Lau Kah Hou tampil meluahkan isu tersebut dalam satu hantaran yang dimuat naik di ‘B40 Buat Perangai Apa Harini’.

“Hai warga Facebook sekalian dan Maybank, duit gaji sy baru masuk. Nak buat bayaran pendahuluan ansuran rumah terakhir.

“Memang tak perasan jadi duplicated transaction bayar guna aplikasi MAE. Lapan bulan dah bayar melalui akaun kegemaran tidak ada masalah.

“Hubungi Maybank hotline, dapat tahu bahawa beza transaksi pertama dan kedua hanya lima saat. Mesti bug (pepijat) aplikasi ni,” luahnya.

Angka tersebut juga bukanlah sedikit malah satu transaksi hampir mencecah RM4,000, dia juga dikatakan bernasib baik kerana duit ini bukan dipindahkan kepada akaun pelanggan.

Baca juga: Beli waktu promosi sebab nak jimat, lelaki terkejut lihat harga lebih mahal