Terkejut tahu tunang ada 2 alat kelamin, lelaki akhirnya minta putus lepas 2 tahun bercinta

Oleh MAISARAH AISYA

Walaupun ini adalah salah satu kes yang jarang berlaku namun ada individu yang memiliki dua alat kelamin semasa lahir yang dikenali sebagai khunsa.

Khunsa adalah keadaan yang mana jantina individu tidak diketahui sama ada lelaki ataupun perempuan.

Ini adalah disebabkan mereka memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya langsung sejak lahir.

Menurut Samaa TV, seorang lelaki dari Mesir membuat pendedahan mengejut mengenai tunangnya selepas meragui status jantina wanita tersebut.

Segalanya dikatakan terbongkar selepas dua tahun bercinta malah lelaki tersebut juga berbincang dengan keluarga mentua untuk melakukan pembedahan bagi menyelesaikan isu itu.

Walaupun sudah berunding dengan pakar perubatan, namun isu tersebut tidak dapat diselesaikan. Disebabkan itu, lelaki itu akhirnya meminta untuk berpisah secara baik.

Pada mulanya permintaan tersebut ditentang keras oleh keluarga pihak wanita namun akhirnya bersetuju dengan syarat wang hantaran tidak dipulangkan.

Tambah lelaki tersebut, tunangnya pernah berkongsi bahawa dia membesar sebagai kanak-kanak lelaki sehingga mencecah sembilan tahun.

Setelah ibu bapanya sedar anak mereka memiliki ciri dominan perempuan, keluarganya memutuskan untuk menukar nama lelakinya kepada wanita.

Semua dakwaan tersebut bagaimanapun disangkal oleh wanita tersebut dengan menyatakan bahawa dia dia pernah menjalani pembedahan bagi memulihkan kecacatan alat kelamin.

Malah dia juga bersedia untuk menjalani pemeriksaan bagi membuktikan jantinanya, dan menganggap dakwaan ini untuk memburukkan nama keluarganya.

Wanita ini juga memaklumkan pernah keguguran selepas dikasari lelaki tersebut.

Seharusnya setiap dakwaan perlu hadir dengan bukti agar ia tidak dianggap cakap kosong dan memfitnah sahaja, dalam hal ini tidak dapat dipastikan siapa yang berkata benar.

Baca juga: Banyak tonton video di Youtube, penjenayah berjaya selamatkan diri berulang kali sebelum ditahan