Terkejut tengok ‘rider’ tercegat depan rumah, rupanya anak umur 6 tahun punya kerja

Oleh MAISARAH AISYA

Kanak-kanak zaman sekarang kalau pegang telefon ibu bapa, habis semua dibeleknya, tahu-tahu ada barang sampai ke rumah.

Kalau sedikit jumlahnya mungkin tidak terasa sangat tapi jika mencecah RM100 lebih pastinya rasa nak marah itu timbul tapi benda dah jadi.

Tular rakaman rakaman kamera litar tertutup pengguna TikTok @toyosan70 yang menunjukkan reaksinya melihat penghantar makanan di hadapan rumah.

Pada mulanya dia mengambil makanan tersebut namun memulangkan kembali selepas isterinya memaklumkan dia tidak membuat pesanan.

Penghantar makanan tersebut dilihat bertanya ke jiran yang lain sebelum kembali semula ke rumah lelaki tersebut dan menyatakan nama isterinya.

Lelaki itu kemudian memaklumkan bahawa anaknya yang berusia enam tahun membuat pesanan malah pembayaran juga telah dibuat secara atas talian.

@toyosan70

Bdk 6 tahun senyap² order foodpanda…😅🤣 #KongsiRezeki #Alhamdulillah

♬ original sound – Acap70 – Acap70

Rata-rata netizen berkongsi pengalaman pahit mereka melibatkan anak-anak, malah ada yang terkena sampai RM2,000.

Aku kena dah dulu sebelum boikot satu jenama ni, RM2k lebih anak order, daripada ayam sampai ais krim, terpaksa panggil adik beradik semua makan kat rumah.

“Anak aku lapan tahun, baru ni dia beli barang dekat satu aplikasi ni, siap pembayaran, nasib baik sempat ‘cancel’ barang harga RM2k.

“Ya Allah, teringat anak saya baru empat tahun, habis RM400 beli baju untuk satu permainan atas talian ni, siap tukar baju karakter tu,” antara komen netizen.

Baca juga: Ini punca Rosmah Mansor lepas, bebas 17 pertuduhan ubah wang haram dan elak cukai