Terkejut tengok wanita selamba sedut mata lembu mentah, rupanya banyak khasiat?

Oleh KIM SYAZIE

Pengguna media sosial tanah air dikejutkan dengan satu rakaman memaparkan seorang wanita yang sedang ‘menyedut’ isi mata lembu.

Mencetuskan rasa loya di kalangan penonton, anggota badan haiwan korban tersebut dinikmati oleh wanita itu secara mentah-mentah.

Tampak begitu khusyuk, wanita itu sempat menyatakan bahawa lendir yang keluar dari mata lembu tersebut mempunyai rasa yang sangat sedap.

Menurut wanita itu, lendir tersebut mengingatkannya pada tekstur snek jeli berperisa atau ‘sumi’, namun terasa sedikit masin.

“Rasa sumi masin gitu,” kata wanita yang memuat naik video berkenaan itu menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya.

Turut menyuapkan mata lembu itu kepada suami, lelaki itu malah menunjukkan reaksi mual selepas lendir itu masuk ke mulutnya.

Tular di aplikasi TikTok, rata-rata pengguna meluahkan rasa seperti ingin muntah saat menonton video tersebut.

Namun yang menarik perhatian, ramai juga penonton memaklumkan bahawa mata lembu sebenarnya mempunyai banyak khasiat.

Walaupun tiada bukti sahih, lendir dari mata haiwan itu dikatakan boleh menyembuhkan penyakit buah pinggang dan juga asthma.

“Baru lepas bagi anak makan. Untuk ikhtiar bagi penyakit asthma. Anak cakap sedap, nak tambah lagi,” kongsi seorang pengguna.

“Ada orang kata ikhtiar buat pesakit buah pinggang.” Kata pengguna lain yang kemudian dipersetujui oleh pemilik video.

Baca juga: Founder Misi henti kumpul dana, bakal pulangkan duit pada penyumbang lepas jadi sasaran BNM?