Terkini: Mahkamah putuskan PU Azman bersalah buat amang seksual kepada remaja lelaki

Oleh ROSLAN ZAMAN

Pendakwah selebriti yang juga peserta rancangan pencetus umah keluaran Astro, Azman Syah Alias atau lebih dikenali sebagai PU Azman didapati bersalah atas dua pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki 17 tahun.

Hakim Noridah Adam membuat keputusan itu di Mahkamah Sesyen Klang, selepas mendapati pihak pembelaan yang mewakili tertuduh gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir pembelaan kes.

PU Azman dikenakan hukuman penjara 24 tahun dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dua tahun lalu.

Bagi pertuduhan pertama hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan manakala pertuduhan kedua jumlah penjara sama dan satu sebatan yang mana hukuman itu berjalan secara berasingan.

Mahkamah juga turut memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling selain pengawasan polis selama dua tahun selepas tertuduh selepas selesai hukuman.

baca: Pelik Tengku Hassanal tiba-tiba padam semua gambar di Instagram