Terkini: Perang Israel-Iran secara rasminya tamat, kata Trump

Oleh ROSLAN ZAMAN

Presiden Amerika Syarikat sebentar tadi membuat kenyataan bahawa perang antara Israel dan Iran secara rasminya akan tamat dalam masa 12 jam dari sekarang.

Namun kata Trump, ia akan berhenti mengikut format berikut. Iran bermula dengan genjatan senjata 6 jam dari sekarang selama 12 jam. Selepas daripada itu, ia akan diikuti dengan Israel genjatan selama 12 jam.

“Israel dan Iran telah mencapai persetujuan penuh untuk melaksanakan GENCATAN SENJATA SEPENUHNYA (dalam kira-kira enam jam dari sekarang, apabila misi akhir mereka selesai), selama 12 jam. Selepas itu, perang ini akan dianggap TAMAT,” katanya di saluran X.

Selepas 24 jam, perang akan dikira tamat secara rasmi selepas itu.

Namun setakat berita ini ditulis, belum ada pengesahan antara dua negara Iran dan Israel mengenai perjanjian ini.

Berita lanjut menyusul