Terlalu menjiwai watak, Azhan Rani ‘belasah’ Fasha Sandha hingga patah tulang mata

Oleh KIM SYAZIE

Pelakon terkenal, Fasha Sandha mengalami kecederaan di mata kiri selepas ditolak oleh Azhan Rani sehingga terhentak pada bucu katil.

Difahamkan, akibat insiden tersebut, tulang mata kiri isteri Aidil Aziz itu patah dan bebola matanya turut mengalami pendarahan.

Kejadian tersebut berlaku ketika dua pelakon berkenaan sedang menjalani penggambaran sebuah drama di selatan tanah air.

Pihak produksi telah tampil memohon maaf dan aktres itu kini sedang menjalani rawatan di sebuah hospital pakar di Johor Bahru.

Video babak pergaduhan itu tular di media sosial dan Fasha segera mengeluarkan kenyataan menerusi satu hantaran di akaun TikTok miliknya.

“Mata dan kepalanya (Fasha) terhentak pada bucu katil yang tajam. Tulang mata kirinya patah dan bebola mata berdarah serta bengkak.

“Kakak sedang dirawat di sebuah hospital pakar di Johor Bahru. InsyaAllah akan dipindahkan ke sebuah hospital di Kuala Lumpur,” katanya.

@nurfashasandha

Dari semalam telefon kakak tidak berhenti berdering, Disini sy ingin membuat sedikit update tentang kakak. Maaf kakak sedang rehat secukupnya. Kakak mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika berlakon di set pengambaran drama Anak tuan TV3 pada 1 mac (pagi semalam). Mata dan kepalanya terhentak di bucu katil yang tajam. Tulang mata kiri patah dan bebola matanya kirinya berdarah dan dan sedang dirawat di Hosp pakar di Johor Bahru. Insyaallah akan berpindah ke Pakar KL petang ni atau esok pagi. Memohon jasa baik peminat dan keluarga untuk mendoakan kesihatan kakak. Seperti yang ramai tahu kakak seorang yang kuat semangat dan komited dalam kerjayanya. Sy yakin kakak kuat. Pihak produksi telah memohon maaf diatas perkara ini kepada Kakak dan keluarganya. Kata kakak, Tidak ada sesiapa yang harus dipersalahkan kerana kemalangan ini terjadi di luar jangkaan kita.. Insyaallah sy akan update lagi perkembangan dari semasa ke semasa. Terima kasih

♬ Astagfirullah Robbal Baroya – Maria Ulfah Elkamiel

Menurutnya, babak pergaduhan itu bakal ditayangkan dalam drama terbitan TV3 berjudul Anak Tuan arahan Along Kamaludin.

Bersikap profesional, Fasha Sandha enggan menyalahkan mana-mana individu atas kejadian yang berlaku di luar jangkaan itu.

Baca juga: Dikecam gara-gara berlakon filem kontroversi Pulau, Alif Satar harap netizen tonton dahulu sebelum menilai