Terlambat 7 minit, penumpang tergamak ludah muka pemandu e-hailing, siap hina keluarga

Oleh MALAYSIADATELINE

Biasalah kalau pemandu e-hailing terlambat apatah lagi di waktu kemuncak dan terpaksa bersesak dengan kenderaan lain.

Penumpang seharusnya merancang perjalanan untuk tiba ke destinasi lebih awal agar tak berlaku masalah jika ada kelewatan berlaku.

Namun buat seorang penumpang wanita di India ini, meskipun hanya lewat tujuh minit, dia sudah meluahkan rasa marahnya dalam bentuk perkataan dan perbuatan.

Menurut stesen penyiaran NDTV, klip wanita yang mengamuk itu dimuat naik di platform X oleh akaun @Incognito_qfs.

Walaupun ditengking dan dihina, pemandu berkenaan kekal tenang malah memintanya untuk keluar dari kenderaannya dan mencari pemandu lain.

Apa yang memburukkan keadaan adalah wanita tersebut meludah ke arah pemandu dan berkeras untuk tidak keluar dari kenderaan itu.

“Rata-rata netizen mengharapkan wanita itu disekat daripada menggunakan mana-mana perkhidmatan teksi dan e-hailing.

“Dia boleh ‘cancel’ kalau dia rasa dah lambat tetapi kenapa nak ‘complain’ lepas masuk? Siapa dia untuk menghina seorang pemandu?

“Dia patut disekat daripada menempah teksi? Dia juga patut dipecat dari kerjanya. Syarikat jenis apa yang ambil pekerja seperti ini?

“Sebak rasa bila dia kata anak-anak pemandu tu jugajuga akan menjadi pemandu. Saya tidak tahu mengapa dia mula menghuna keluarga. Tidak baik,” antara komen pengguna media sosial.

Baca juga: Singapura beli Musang King dari petani Malaysia dan jual di mesin layan diri