Terpaksa berlari cari ATM sebab aplikasi buat masalah, lelaki berang bank tak update sistem

Oleh KIM SYAZIE

Seharusnya bank di Malaysia perbahrui sistem atas talian mereka untuk memudahkan para pengguna yang tidak mahu menggunakan tunai.

Sejak dua menjak ini, semakin banyak kes melibatkan Bank Islam. Ramai mengadu susah untuk masuk ke dalam sistem perbankan atas talian melalui aplikasi.

Menerusi hantaran dimuat naik pengguna Facebook, Ahmad Rosli, dia mempersoal sistem bank tersebut yang semakin bermasalah.

Malah Rosli berkongsi terpaksa berlari mencari mesin ATM untuk selepas ada masalah ketika mahu membayar menggunakan QR.

“Internet banking paling tak guna. Buat sakit hati je, semakin hari semakin teruk.

“Bila nak bayar guna QR untuk pembelian, berudu tu asyik berputar sampai kiamat. Akhirnya terpaksa minta kebenaran penjual untuk pergi ke ATM terdekat.

“Nasib baiklah muka saya suci bersih selalunya penjual percaya. Tapi leceh lah nak kena cari ATM terutama masa nak cepat,” ujarnya dalam hantaran tersebut.

Malah segala pembayaran kadangkala tergendala kerana segala pengesahan perlu dilakukan melalui aplikasi.

“Bila sampai masa gaji, jangan harap lah dapat access minggu bayaran gaji tu. Akibatnya semua hutang piutang tak dapat bayar on time kena penalty dan sebagainya.

“Ada transaksi yang kena verify kat apps tapi apps pulak tak boleh buka,” tambahnya.

Rosli turut mempersoal pekerja di bahagian Teknologi Informasi (IT) tidak melakukan penambahbaikan kepada aplikasi hingga memberi kesan kepada pengguna.

Sudahlah sekarang ini sukar untuk membuka bank baru apatah lagi terpaksa menukar akaun pencen dan gaji kerana masalah sistem sahaja.

Baca juga: “Bagai buruh percuma”, guru kesal belum dapat upah jadi pengawas, penanda kertas SPM