Terpalit dakwaan rasuah, perwakilan Bersatu tetap mahu Muhyiddin kekal Presiden

Oleh MALAYSIADATELINE

Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu hari ini sebulat suara bersetuju mengekalkan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku presiden parti berkenaan.

Keputusan sebulat suara itu diputuskan susulan usul khas yang dikemukakan Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mewakili Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT), sebelum Muhyiddin menyampaikan ucapan dasar di perhimpunan itu.

Ahmad Faizal ketika mengemukakan usul itu berkata, perjuangan Bersatu demi bangsa dan kemakmuran kaum lain menerusi sayapnya Bersatu Bersekutu, menuntut supaya parti itu kekal teguh dan tidak berpecah belah.

“Tidak berbangkit isu dan keperluan untuk Tan Sri Presiden meletakkan jawatan,” katanya ketika mengemukakan usul berkenaan.

Setiausaha Agung Bersatu Datuk Seri Hamzah Zainuddin dalam ucapan menyokong usul berkenaan berkata Bersatu berikrar untuk berdiri teguh dan akan terus berjuang untuk mempertahankan Muhyiddin.

Sementara itu, Muhyiddin dalam ucapan dasarnya menzahirkan penghargaan kepada seluruh perwakilan dan ahli parti yang terus menyokong kepimpinannya selaku Presiden Bersatu dengan menolak tawaran beliau untuk meletak jawatan.

Baca Artikel Penuh