Tersalah bayar RM1,460 untuk makanan, tuan kedai cari balik pembeli untuk pulang duit

Oleh KIM SYAZIE

Tindakan seorang peniaga yang gigih mencari pembeli yang tersalah masukkan jumlah duit untuk dibayar tular di media sosial Singapura.

Sebuah kedai di Singapura, Xiao Mei Ban Mian memuat naik satu hantaran di Facebook pada 28 Januari lalu mengenai seorang pelanggan yang tersalah masukkan jumlah semasa pembayaran.

Pelanggan tersebut dikatakan membayar $450 (RM1,460) untuk mangkuk Mee Hoon Kueh Soup yang berharga $4.50 (RM14.60).

Kesalahan tersebut hanya disedari pemilik selepas menutup kedai dan mengira akaun mereka.

Andaian mereka bahawa pelanggan tersebut tersalah masukkan jumlah pada sistem pembayaran dan mungkin tidak sedar akan ralat tersebut.

Terbaru, gerai itu berkata mereka telah memindahkan $445 (RM1,444) kepada NETS (pindahan wang secara elektronik), yang kemudiannya akan menghubungi DBS untuk membayar balik pelanggan.

Baca Artikel Penuh