Teruja bakal terima menantu, Che Ta kongsi anak pilih wanita berhijab, keluarga pentingkan agama

Oleh MAISARAH AISYA

Pastinya setiap ibu bapa mengimpikan calon menantu daripada keluarga yang baik-baik samalah seperti pelakon Rozita Che Wan.

Bakal meminang menantu pertama anak sulungnya, Ammar Effendy, Rozita atau lebih mesra dipanggil Che Ta akui teruja.

Kongsi Che Ta, Ammar Effendy memilih wanita berhijab berusia 20-an daripada keluarga yang mementingkan agama sebagai calon isteri.

Pada masa sama pelakon berusia 51 tahun itu memaklumkan dia tidak pernah menghakimi mana-mana wanita yang dipilih anaknya lapor Kosmo! Online.

“Saya memang teruja nak merisik bakal menantu untuk anak sulung pada minggu depan. Setakat ini, kami baru nak beli cincin tanda untuk si dia.

“Sebagai ibu saya gembira untuk dia. Sebenarnya saya tak kisah siapa pun yang dia pilih asalkan berbahagia. Apabila dapat yang berhijab lebih mudahlah dan lagi satu dia bukan jenis main media sosial.

“Kalau sebelum ini saya doa untuk kebahagiaan anak-anak, selepas ini saya doakan pula rumah tangga dan jodoh terbaik buat mereka,” katanya seperti dipetik Kosmo! Online.

Yakin dengn pilihan anak

Baru bertemu dua kali dengan calon menantu, Che Ta yakin dengan pilihan Ammar malah meminta doa agar urusan anaknya dipermudah.

“Apa yang saya tahu keluarga kekasih Ammar pun baik-baik dan alim. Walaupun bekerja di luar negara, bapanya kerap pulang ke tanah air bahkan baru-baru ini Ammar ada bermain golf dengan bakal mentuanya.

“Pada saya, tidak kira sama ada bakal isteri bertudung atau tidak, paling penting Ammar mampu mendidik bakal teman hidupnya menjadi isteri yang terbaik.

“Saya dan suami pun sudah berjumpa bakal besan. Doakan majlis risik nanti berjalan lancar,” ujarnya.

Baca juga: Terkejut tengok imej terbaharu Aliff Aziz sekarang, 360 darjah berbeza berbanding dulu