Sejak dua menjak ini drama ‘Keluarga Itu’ meraih perhatian ramai dek kerana lakonan daripada pelakon yang berjaya membawa watak hingga meninggalkan kesan dalam jiwa masyarakat.
Segala jenis kebencian ditaburkan buat pelakon yang membawa watak Iman kerana karakter tersebut dilihat terlalu menjijikkan buat tatapan umum.
Disebabkan itu pelakon Rosyam Nor meminta agar orang ramai tidak menghentamnya kerana dia hanya melakokan watak tersebut lapor HibGlam.
“Saya seorang pelakon dan itu memang tanggungjawab untuk bawa watak sebegitu kerana drama adalah satu platform yang boleh mendidik masyarakat.
“Tetapi mungkin ada di antara perbuatan-perbuatan saya itu membuatkan orang jijik, geli dan meluat. Kalau ikutkan apa sangat reaksi yang saya buat pun.
“Itu lakonan dan alhamdulillah bagi saya jika orang benci watak itu saya bersyukur kerana berjaya mempotretkan watak Iman seperti dikehendaki Erma Fatima, pengarah dan juga skrip itu,” katanya seperti dipetik HibGlam.
Pada masa sama Rosyam berharap agar cerita itu dijadikan sebagai satu pengajaran kerana yakin situasi ini banyak terjadi di dunia sebenar.
“Malah itu berlaku kepada semua orang kalau nak menggatal atau membuat panggilan pada wanita wajah-wajah demikian yang akan muncul.
“Perkara ini memang berlaku dalam kalangan masyarakat dan perlu dikupas supaya menjadi pengajaran untuk generasi akan datang.
“Kalau kita nak sorok susahlah sebab sebenarnya medium hiburan itu juga boleh jadi platform untuk dakwah.
“Jadi jika kita melihat kepada kebaikan akan menjadi baik, begitu juga sebaliknya,” ujarnya.
Baca juga: “Berat badan bertambah, khatam 20 juzuk” – Saiful Apek dedah keadaan sebenar Yassin di Jeddah