Kereta elektrik (EV) terkemuka dunia, Tesla, semakin mendapat tempat di hati penggemar kenderaan terutamanya yang minat dengan teknologi canggih.
Seorang pengguna Facebook, Izzuddin Yussof berkongsi pengalaman menaiki Tesla milik rakannya hingga dia membuat keputusan untuk membeli kereta elektrik tersebut.
Di bawah adalah perkongsian Izzuddin mengenai kenderaan yang diibaratkan seperti produk Apple, tak hebat tapi ada pentaksub tersendiri,
Malah Izzudin pernah terpengaruh dengan khabar angin mengenai Tesla yang dikatakan overhyped tapi sebenarnya tidak malah memang produk setanding dengan harganya.
Ini antara tujuh sebab mengapa dia memilih kereta eletrik tersebut.
1) Tesla sebenarnya kereta dengan level 2 pemanduan autonomi yang antara paling murah
Memang Mercedes ada buat pemanduan auto, sama jugak dengan Ford, Audi, BMW, Cadillac (GM), etc.
Tapi semua tu hanya ditawarkan dekat kereta yang paling high end. Audi A8, Mercedes S series, BMW 7 series.
Semua harga lebih daripada RM400,000. Sedangkan Tesla model 3 boleh dapat dalam RM200,000 ke RM300,000
Jadi tak, Tesla bukan macam iPhone yang jual pada harga premium tapi tak ada kelebihan lain.
2) Tesla is not about EV, it is about technology
Banyak yang bandingkan Tesla dengan kereta elektrik (EV) lain malah aku tak minat dengan EV dan bagi aku untuk negara pengeluar minyak macam Malaysia, EV menjadi lebih tak menarik.
Tesla adalah teknologi. EV hanyalah sebahagian daripada teknologi. Pemanduan autonomi hanyalah sebahagian daripada teknologi itu.
Selain daripada EV dengan pemanduan auto, teknologi sistem bunyi dia pun power gila. Macam pawagam, first time dengar serius akan kagum.
Kamera dia pun sangat clear. Kereta Tesla tak pernah ‘turn off’ sepenuhnya. Dia sentiasa on standby mode. Macam phone kita tu. Dan kamera dia semua sentiasa on.
Menjadikan memang Tesla tak perlukan dashcam tambahan. Dan tak bijak la sesiapa yang cuba cari pasal dekat mana Tesla berada. Muka jelas nanti karang.
Dia punya sistem yang tunjuk setiap kenderaan, manusia dan binatang dekat mana dalam screen pun sangat power.
Dia boleh detect sampai sejauh 10-20 meter dengan accuracy yang sangat mengagumkan, terutamanya dari segi kedudukan dan jarak setiap kenderaan tu.
Masa kat United Kingdom (UK) memandu dalam kabus, mata member dah tak nampak dah, yang selamatkan dia hanyalah autopilot Tesla.
Satu lagi masa member tu drive kat UK, berhenti traffic light takde orang, tapi Tesla tu boleh detect ada orang kat situ.
3) Tesla bukan untuk sedap drive, sebab dia buat kereta untuk jadikan orang tak perlu drive
Jujurnya Tesla masih belum capai full autonomous driving (Malahan jauh lagi). Tak boleh lagi tahap masukkan destinasi, dia pergi sendiri daripada tempat parking, tanpa perlu buat apa, dan sampai destinasi pun parking sendiri.
Nope, belum. Tapi autopilot dia kalau guna dekat jalan masa dah begerak tu, memang dah sangat best.
Dia punya mengekalkan jarak dengan kereta depan, brake, berhenti kalau kereta depan berhenti, jalan balik kalau kereta depan jalan, dan kekalkan atas tengah lane tu, tukarkan lane bila kita nak tukar, akan jadikan driving sangat mudah terutamanya long distance driving atau masa traffic jam.
4) Tesla jugak masih antara kereta EV yang paling power
Tapi kalau nak jugak compare pasal EV, masih takde yang boleh kalahkan Tesla pada harga dia
Acceleration speed 0-100 km/h hanya dalam 3-4 saat. Laju macam mana tu? Macam naik roller coaster. Kalau mendadak tekan pedal, orang dalam kereta boleh terpelanting ke belakang.
Jarak bergantung model, tapi dalam range 450 – 550km. Again, tak ada setau aku kereta full EV yang pada harga Tesla atau lebih murah, boleh capai sejauh Tesla.
Max speed sampai 230kmh, again, majoriti kereta EV aku tengok sampai 160kmh je. Major turn off for me huhu
Dari segi kos elektrik? Kalau kat Malaysia, secara purata gunakan Tesla jimat kos minyak sebanyak 65% (mengikut kiraan Google Bard).
5) Hanya dengan software update, performance kereta boleh berubah, function boleh bertambah
Tesla sentiasa update software dia, dan setiap kali update, akan ada benda berubah. Member cakap ada sekali tu update, tiba-tiba kereta boleh pergi lagi jauh. Ada masa update, autopilot jadi lagi smooth.
Dan paling best semua update ni boleh dibuat kat Wi-Fi rumah. Tak perlu pergi service centre dia ke apa. Tak macam sesetengah kereta EV yang lain.
Kalau ada new function diorang pun, contoh macam full-self driving function, pun boleh dibeli je system tu online.
Tak perlu nak pergi service centre ke apa. Jadi kita takdelah akan rasa teknologi kereta kita obsolete. Sebab kereta boleh kena upgrade hanya dengan update software.
Memang owner Tesla cakap takde keperluan la pergi service ke apa. Kena pergi pun untuk tukar brake pad je.
6) Bateri?
Bateri kereta Tesla akan perlu tukar bila sampai masanya, dan aku dulu rasa ni benda tak best, sebab bateri dia mahal.
Tapi ada artikel cakap, lepas guna 100,000 miles (~160,000 km), bateri Tesla punya capacity baru kurang sebanyak 5%, bermaksud daripada boleh drive 450km, sekarang tinggal 427km.
Okay lagi. Takde beza mana pun. Sedangkan 160,000 km tu jarak yang biasanya orang dah nak jual dah kereta tu.
Tesla recommend untuk tukar bateri lepas capacity kurang 20%. Elon Musk sendiri estimate, bateri Tesla hanya akan kena tukar selepas 300k – 500k miles (~482km – 804km).
Pernah jumpa orang guna kereta mileage sampai banyak tu? Haa tak pernah kan. Jadi effectively sebenarnya kita takkan perlu tukar pun bateri kereta Tesla selamanya.
By the time kena tukar, kita beli baru je rasanya sebab dah berpuluh tahun dah usia kereta tu.
7) Tesla di Malaysia
Tesla yang jual kat Malaysia ada dua variant utama iaitu UK dan Jepun.
Kelebihan UK, semua benda compatible dengan Malaysia. Plug, frekuensi radio.
Manakala Jepun pula lebih murah. Sebab Tesla memang drop harga kat Jepun sebab kena compete dengan Nissan dengan Toyota.
Kalau Tesla masuk Malaysia secara official pun, harga Tesla yang diimport daripada Jepun masih akan lebih murah daripada official dekat Malaysia.
Berapa harga Tesla daripada Jepun?
Boleh dapat semurah RM228,000. Kalau model UK, tambah la dalam RM30,000 daripada harga tu. Aku rasa harga dah jatuh banyak sejak Tesla umumkan diorang nak masuk Malaysia secara rasmi.
Itu model paling murah la. Tapi masih ada autopilot dengan semua teknologi.
Kesimpulannya, lepas test drive Tesla tu, sebagai seorang yang sukakan teknologi, memang jadi aim aku la nak beli Tesla haha.
Baca juga: Bukan membazir pengguna TikTok belanja RM60,000 siapkan 120 baju raya anak-anak, isteri