The Weeknd mungkin datang ke Malaysia selepas berkunjung ke Indonesia?

Oleh KIM SYAZIE

Penyanyi antarabangsa The Weeknd atau atau nama sebenarnya Abel Tesfaye pernah menjadi sorotan media selepas menyalurkan derma sebesar RM9.5 juta untuk tujuan kemanusiaan di Gaza awal tahun ini.

Saban tahun peminatnya terus menanti kehadiran penyanyi popular itu untuk mengadakan siri jelajah konsert ke Malaysia.

Namun siri jelajah baharunya difahamkan akan tamat pada Oktober ini selepas persembahan terakhirnya di Melbourne dan Sydney, yang akan diadakan dalam masa terdekat. 

Dengan tamatnya konsert berkenaan, timbul persoalan sama ada selepas ini The Weeknd bakal meneruskan siri jelajah konsert itu ke Asia pula.

Sumber memaklumkan, kemungkinan The Weeknd akan turut ke Malaysia ketika kunjungannya ke Indonesia pada hujung tahun 2024.

Disebabkan Indonesia dan Malaysia berada di rantau yang sama, boleh jadi kemungkinan penyanyi dari Amerika Syarikat itu akan berkunjung ke negara ini.

Sekiranya benar, ini bermakna peminat boleh menjangkakan kehadiran Abel Tesfaye pada tahun 2025.

Untuk rekod pada 2022, bintang kelahiran Kanada itu telah menyalurkan derma sebanyak RM11.7 juta daripada organisasi miliknya, XO Humanitarian Fund buat keluarga di Gaza.

Pada 2023 pula, dia menyalurkan derma buat kali kedua untuk Gaza sebanyak RM9.5 juta.

Menurut sebuah laman Instagram Muslim yang berpangkalan di luar negara, dana disumbangkan The Weeknd mampu menyediakan 18 juta keping roti untuk membantu keluarga di tanah bergolak itu.

Baca juga: Pemilik 6 kereta terpakai beri amaran, periksa perkara ini jika nak elak terbeli kenderaan rosak