Tiada kelas akademik minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024

Oleh MALAYSIADATELINE

Tiada kelas akademik diadakan pada minggu pertama sesi persekolahan 2023/2024 yang akan bermula 19 Mac dan 20 Mac ini, sebaliknya ia diisi dengan penerapan nilai-nilai jasmani, emosi, rohani, sosial dan intelek, kata Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

“Fokus hari pertama persekolahan sebelum ini adalah kepada akademik tetapi langkah yang diambil pada sesi 2023/2024 ini adalah melaksanakan pendidikan didik hibur dan pembelajaran berasaskan projek mudah,” katanya dalam sidang media sempena amanat pembukaan sesi persekolahan 2023/2024, di sini hari ini.

Sesi persekolahan 2023/2024 akan bermula pada 19 Mac 2023 hingga 9 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan A, manakala 20 Mac 2023 hingga 10 Mac 2024 bagi negeri Kumpulan B.

Baca Artikel Penuh