Tiada lagi syiling, masuk tandas Malaysia pun kena ‘paywave’ sekarang

Oleh ROSLAN ZAMAN

Zaman berubah, kaedah masuk tandas pun berubah. Kalau dahulu nak masuk tandas awam yang berbayar, akan ada seorang pakcik atau makcik yang menjaga di meja depan pintu tandas sambil menyusun duit syiling atas meja.

Bayaran dari 20 sen ke 50 sen paling mahal, malah ada tandas awam yang meletakkan harga RM2 untuk masuk ke tandasnya terutama di pusat beli belah mewah.

Kaedah pun dah berubah, hari ini tular video seorang lelaki menunjukkan keadaan masuk ke tandas menggunakan ‘paywave’.

Malah pintu luar sebelum masuk ke tandas berkenaan siap dengan penghadang besi elektrik yang menghalang sebelum anda dibenarkan masuk selepas membayarnya.

Dalam video tersebut, lelaki itu mengeluarkan kad bank untuk scan ke atas mesin peranti yang disediakan untuk masuk melepasi penghadang elektrik tersebut.

Seperti yang tertera di dinding, caj sekali masuk ke tandas yang ditunjukkan adalah RM1.

Di ruangan komen video tersebut, warganet berharap kecanggihan teknologi pembayaran setimpal dengan kebersihan tandas yang disediakan.

baca: Guru terhibur murid bagi hadiah dompet berisi duit dan kad bank ibu