Tiada sebarang permit penganjuran sambutan Tahun Baharu 2022 di seluruh negara yang diluluskan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).
Keputusan itu bagi mengelak risiko penularan Covid-19 dalam komuniti, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali.
“Sehubungan itu, saya mengarahkan pasukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) di seluruh negara untuk melakukan rondaan di kawasan tumpuan ramai bagi memastikan tiada yang berkumpul melanggar SOP Pelan Pemulihan Negara (PPN).
“Saya mengingatkan orang ramai supaya tidak terbabit aktiviti sambutan tahun baharu atau berkumpul beramai-ramai pada malam menjelang tahun baharu di mana-mana lokasi tumpuan ramai,” lapor BH hari ini.
LANJUT MENYUSUL