Tiada pilihan raya mengejut bukti Pakatan Harapan utamakan konsensus

Oleh MALAYSIADATELINE

Parti Amanah Negara Pulau Pinang menganggap pengumuman Ketua Menteri bahwa tiada pilihan raya negeri (PRN) mengejut adalah tanda komitmen DAP yang berjanji bahawa ia tidak akan mengumumkan PRN secara unilateral tanpa konsensus dari kedua dua lagi rakannya.

Pengerusi Amanah Pulau Pinang Datuk Dr. Mujahid Yusuf Rawa mengucapkan tahniah atas komitmen Ketua Menteri kepada janjinya semasa isu PRN mengejut dilontarkan oleh DAP.

“Parti Amanah Negara amat menghargainya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Parti Amanah juga katanya, mengambil serius semasa proses perundingan berlaku bahawa ada sesetengah pihak yang memandang rendah keberadaan Parti Amanah dalam suasana parti kami berhadapan dengan berbagai ‘serangan’ dan ‘ugutan’ dari Pas.

“Parti Amanah mengharapkan tiada lagi sindiran sinis kononnya Amanah parti baharu.

“Ini kerana masa untuk persediaan PRU masih ada dan segala pandangan sinis ini perlu diselesaikan untuk PH menjadi kukoh termasuk hubungan dengan parti Pas,” katanya.

Beliau mahu semua pihak supaya meneruskan khidmat kepada rakyat Pulau Pinang dan mempertahankan rekod cemerlang kerajaan negeri.