Tiada pilihan raya sebelum 2018, kata Najib

Oleh ZIKRI ABDULLAH

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak spekulasi yang mengatakan beliau akan mengadakan pilihan raya mengejut seawal Mac tahun depan sebelum tamat tempoh pada 2018.

Menurutnya, beliau tidak akan berbuat demikian dan buat masa ini tidak ada sebarang sebab untuk berbuat demikian.

“Kami bergantung sepenuhnya atas prestasi kerajaan, dan akan terus meyakinkan rakyat bahawa kerajaan yang ada sekarang adalah yang terbaik,” katanya kepada badan berita antarabangsa, Reuters di Berlin, Jerman.

Khabar angin yang mengatakan pilihan raya akan diadakan seawal Mac tahun depan katanya, adalah tidak berasas.

Beberapa laporan yang memetik sumber dari dalam kerajaan bagaimanapun menyebut kemungkinan diadakan pilihanraya mengejut berasaskan keadaan perpecahan dalam pakatan pembangkang yang dikatakan memberi peluang kepada Barisan Nasional (BN) yang memerintah.

Beberapa parti komponen BN turut mengeluarkan kenyataan kesediaan mereka untuk menghadapi pilihan raya bila-bila masa,