Tidak boleh ambil sikap ‘relaks’ dalam soal jaminan makanan

Oleh MALAYSIADATELINE

Semua pihak terutama kerajaan tidak boleh sama sekali mengambil sikap ‘relaks’ dalam usaha memastikan keterjaminan makanan di negara ini terpelihara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau berkata langkah memastikan keterjaminan makanan itu penting dalam usaha memastikan negara dan rakyat mempunyai makanan yang cukup pada harga berpatutan pada ketika dunia dijangka berdepan kemelesetan ekonomi tahun ini.

Justeru, katanya Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan Persekutuan mengorak langkah melibatkan semua kementerian bagi melaksana pelan sesuai dalam memelihara keterjaminan makanan malah nama kementerian berkenaan turut ditukar bagi mencerminkan kepentingan itu.

Baca Artikel Penuh