Tidak mahu guru terbeban, Fadhlina arah MPPK hantar laporan

Oleh KIM SYAZIE

Guru dilihat semakin terbeban dengan kerja yang banyak, maka langkah perlu diambil bagi membendung tekanan guru daripada terus meningkat.

Pada tahun 20201, Kementerian Pengajian Malaysia (KPM) telah menerima sebanyak 4,360 permohonan persaraan pilihan dibuat oleh guru bermula Januari tahun sama.   

Kini Majlis Penasihat Pendidikan Kebangsaan (MPPK) sesi 2023-2025 diarah menyediakan laporan sulung berhubung beban tugas dan kebajikan guru.
Laporan tersebut perlu dikemukakan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek sebelum pertengahan bulan depan.

“Sebagai tindakan segera dan arahan pertama, saya arahkan laporan sulung MPPK adalah untuk memberikan perhatian kepada teras yang sering saya tegaskan berkali-kali, iaitu hal berkaitan beban tugas dan kebajikan guru,” kata Fadhlina menerusi hantaran di laman Facebook semalam.

Fadhlina pada masa sama menggariskan kriteria pemilihan ahli MPPK 2023-2025.

“Yang pertama, enam daripada sembilan ahli MPPK ini dipilih dalam kalangan mereka yang berlatar belakangkan profesion keguruan. 

Baca Artikel Penuh