Mendiang Ratu Elizabeth II atau nama sebenarnya Elizabeth Alexandra Mary melalui kehidupan yang sangat luar biasa sehingga perkara yang dilihat biasa juga ditukarkan kepada luar biasa.
Ramai tak tahu, mendiang tidak pernah makan pisang seperti kita menjamahnya.
Dalam buku Darren McGrady Eating Royally, ada penerangan yang menggambarkan bagaimana baginda memakan pisang menggunakan pisau.
Dalam penerangan tersebut, ia mengatakan baginda akan meletakkan pisang ke atas pinggan kemudian memotong bahagian atas dan bawahnya menggunakan pisau.
Setelah itu, baginda akan makan menggunakan garfu selepas dipotong dengan kepingan yang kecil, suapan demi suapan.
Etika baginda dalam memakan pisang juga telah didemonstrasikan oleh salah seorang pakar etika, William Hansom dalam satu video.
Beliau menunjukkan kaedah yang tepat bagaimana baginda memakan pisangnya.
“Ratu tidak mengupasnya seperti monyet, sebaliknya menggunakan pisau dan garpu.
“Bahagian tepi atas dan bawah pisang dipotong dengan pisau.
“Kemudian, masukkan pisau ke dalam kulit pisang dan potongkannya kepada kepingan yang kecil. Makan secara sedikit,” jelasnya.
Meskipun ramai yang mengatakan cara baginda makan pisang kelihatan sedikit pelik namun itu bukanlah satu perkara yang luar biasa baginya.
Untuk pengetahuan, baginda juga ‘mengharamkan’ pasta dan kentang serta kerang kerana didakwa risiko menyebabkan keracunan makanan.
Baginda juga tidak menyukai makanan berkanji dan sayur yang telah diawet luar musim dan lebih suka hidangan rendah lemak seperti ayam dan ikan bakar.
Jadi, begitulah cara mendiang ratu makan pisang dan pastinya etika tersebut telah digunakan olehnya sejak dahulu lagi. Pengetahuan ini bukan baru dan luar biasa baginya, namun baginya ia hanyalah satu etika yang diamalkan.