Tidak pakai sarung tangan semasa rawat anjing, ini jawapan padu veterinar

Oleh NASUHA RAHMAN

Tidak pakai sarung tangan semasa rawat anjing, veterina bergama Islam ini tampil menjelaskan bagaimana beliau membersihkan najis berat itu.

Anjing adalah salah satu haiwan yang dianggap najis berat atau mughallazah bagi umat Islam yang menyentuhnya.

Namun Islam juga memberikan penyelesaian sekiranya kita menyentuh anjing dengan sengaja atau tidak, iaitu melalui proses penyucian yang diberi nama sertu.

Walaubagaimanapun, masih ramai yang skeptikal dengan hal ini apatah lagi yang melibatkan doktor haiwan beragama Islam menyentuh anjing.

Tampil memberikan penjelasan, veterinar ini berkongsi sebab mengapa mereka tidak memakai sarung tangan ketika merawat anjing. Anda boleh tengok video @drimavet kat bawah ni.

Untuk mendidik orang ramai

Apa-apa pun janganlah mencela pekerjaan orang lain sekiranya apa yang dilakukannya itu halal dan baik disisi agama. Tanya baik-baik tak mengapa, jangan kecam tidak tentu pasal.

Walaupun terpaksa jawab soalan yang sama berulang-ulang, veterinar ini memang mampu dan sanggup demi mahu mendidik orang ramai.

Betul, sebenarnya nak sertu ni senang. Tambah lagi dengan kemajuan produk pembersihan dengan bahan utama tanah dan banyak kat pasaran. Kalau dulu memang susah nak cari tanah bagai. Sekarang mudah sahaja.

Tidak pakai sarung tangan semasa rawat anjing, ini jawapan padu veterinar