Tidak rasmi: Kerusi Pulai hampir milik Salahuddin Ayub

Oleh KIM SYAZIE

Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Salahuddin Ayub mendahului kerusi di P.161 Pulai selepas meraih undi sebanyak 11,566 setakat jam 11 malam tadi dalam keputusan tidak rasmi.

Menyusul agak jauh adalah calon Barisan Nasional (BN), Datuk Nur Jazlan dengan undian sebanyak 6,405.

Sementara itu, calon Perikatan Nasional (PN), Loh Kah Yong pula setakat ini meraih undi 3,589.