Tiga negara ini disenarai hitam dari menyertai Piala Dunia FIFA 2026 ekoran pelbagai masalah membabitkan persatuan bola sepak masing-masing termasuk isu pencerobohan ke atas negara lain.
Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) mengumumkan telah menggantung kelab bola sepak Russia, Persatuan Bola Sepak Congo (FECOFOOT) dan Persekutuan Bola Sepak Pakistan (PFF)
Menurut AFP, Russia kekal digantung daripada semua kejohanan antarabangsa termasuk Piala Dunia dan Kejohanan Eropah selepas pencerobohan negara itu ke atas Ukraine pada Februari 2022.
Larangan tersebut turut melibatkan kelab domestik Russia yang tidak dibenarkan beraksi dalam pertandingan anjuran Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) seperti Liga Juara-Juara dan Liga Europa.lp
Persatuan Bola Sepak Congo (FECOFOOT) pula digantung serta-merta kerana campur tangan serius pihak ketiga dalam urusan organisasi yang melanggar Statut FIFA.
Sementara itu, PFF digantung kerana gagal mematuhi syarat untuk melaksanakan perlembagaan baharu yang bertujuan memastikan proses pemilihan lebih adil dan demokratik.
Dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2026, Congo kini menghuni tangga tercorot Kumpulan E dalam pusingan kelayakan CAF, manakala Pakistan berada di kedudukan terakhir Kumpulan G di pusingan kelayakan AFC.
Baca juga: Wanita kongsi petua agar sambal bilis cili api kekal rangup, jangan tambah bawang jenis ini!