Tiktoker datang kedai nak ‘review’ makanan, wanita berang ayah diminta bayar RM1,800 untuk viral

Oleh KIM SYAZIE

Dapat dilihat banyak akaun membuat ulasan makanan di sosial media, namun apa yang menjengkelkan mereka meminta bayaran walaupun tidak disuruh buat content.

Seorang wanita memuat naik video di TikTok, @alinkiwi apabila pempengaruh meminta RM1,800 membuat ulasan di kedai makan ayahnya.

“Ayah saya memang ada restoran. Jadi, ada seorang Tiktoker datang dan nak buat review (ulasan) makanan.

“Ayah saya cakap boleh, buatlah ‘review’. Kalau kedai ada makanan sedap pastinya pelanggan sendiri akan ada yang viral (tular),” ujarnya di TikTok.

@alinkiwi

#fyp #reviewkedaimakan cukup2 la org dh tua, cari rezeki. jgnla menyusahkan pakcik2 dgn benda2 minta duit cmni.

♬ original sound – Alinkiwi – Alinkiwi

Apa yang mengejutkan adalah tiktoker tersebut meminta bayaran RM1,800 sebagai upah untuk tularkan restoran tersebut.

Apabila dipersoal mengapa harus membayar untuk ‘review’ berkenaan, pempengaruh tersebut malah memberi diskaun kepada RM1,500.

“Apabila ayah saya tanya mengapa kena bayar, katanya untuk dia ‘viralkan’ (tularkan) di TikTok. Selepas itu, ‘TikToker’ tersebut memberikan ‘diskaun’ dan menurunkan harga kepada RM1,500.

“Dia (tiktoker) tidak sepatutnya minta duit untuk buat ‘review’. Selalunya, pelanggan sedia ada yang datang akan viralkan (tularkan) sendiri,” katanya.

Menurut wanita tersebut sudah ramai pempengaruh dengan jumlah pengikut besar yang datang makan dan membayar penuh harga di restoran tersebut.

Malah dia sendiri tidak tahu berapa ramai pengikut Tiktoker tersebut sehingga meminta bayaran sebegitu banyak padahal untuk ‘content’ media sosial sendiri.

Senang betul buat duit, makan sampai kenyang kemudian minta duit pula dengan alasan nak bagi viral kedai walhal perniagaan tersebut sememangnya dah maju.

Baca juga: Nasib berubah lepas terima RM100, rupanya ini punca pemandu teksi sapu dipenjara