Timbul dakwaan bakal rujuk dengan bekas suami, ini respon Nora Danish

Oleh MAISARAH AISYA

Tiada pergaduhan malah penceraian juga dilakukan tanpa mendedahkan punca, hubungan pelakon Nora Danish dan bekas suami, Nedim Nazri kekal baik.

Pelakon berusia 43 tahun itu menganggap bekas suaminya itu sebagai ‘soulmate’ namun untuk kembali bersama adalah mustahil lapor Astro Gempak.

“Dia memang betul-betul ‘soulmate’ saya. Setakat ini, kami memang tak boleh bersama tapi kami saling faham sesama sendiri

“Situasi kami adalah pernah hidup bersama dan memahami sesama sendiri dan itu sahaja, tidak lebih dari itu.

“Untuk dakwaan saya akan rujuk dengan bekas suami saya itu, saya sangkal dakwaan tersebut.

“Memang tiada langsung ura-ura rujuk, cuma kami selesa dengan keadaan hubungan kami ini,” kata Nora seperti dipetik Astro Gempak.

Jelas Nora sebolehnya dia mahu fokus akan ibadah dan dirinya sendiri sebelum membuka hati untuk berkahwin semula.

“Saya memang dalam fasa untuk mengenali diri dan mendekatkan diri dengan Allah. Dalam fasa itu, memang saya banyak mendekati juga golongan ustaz, habib, maulana untuk saya mengisi ruang hati saya yang kosong ini.

“Kalau ada yang mahu mendekati saya untuk berkahwin, memang ada. Cuma saya ada letakkan batasan bahawa saya masih belum bersedia untuk berkahwin.

“Fokus saya sekarang ini adalah untuk mengenali diri saya sahaja.

“Kalau Allah berikan saya jodoh, saya tak mahu terburu-buru dalam mengejar perkahwinan seterusnya hanya kerana saya sunyi,” tambahnya.

Baca juga: Tular video Syed Saddiq buka pintu untuk Bella Astillah, netizen terharu – “Dalam beg kuning ada lelaki macam ini?”