Tindakan Persatuan Badminton Malaysia (Badminton Association of Malaysia – BAM) mengantung atlet badminton negara, Lee Zii Jia selama dua tahun setelah atlet itu menghantar surat peletakan jawatan dari BAM amat dikesali.
Menurut Ketua Pemuda AMANAH Selangor Danial Al Rashid, tindakan BAM secara terang terangan telah membunuh potensi seorang rakyat Malaysia untuk lebih maju dalam karier mereka sendiri dengan memilih untuk bergerak secara profesional.
Tambahnya, BAM sepatutnya menggunakan pendekatan lain yang membolehkan keadaan menang menang kepada kedua belah pihak.
“Melepaskan Lee Zii Jia sebagai pemain profesional tetap akan memberi kebanggaan kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau cemerlang dimana mana kejohanan besar yang tetap membawa bendera Malaysia,” kata beliau.
Tindakan Lee Zii Jia yang menukar gambar profail media sosial kepda warna hitam membawa suatu mesej bahawa masa depan industri sukan berada dalam kemunduran.
BAM memutuskan untuk tidak mendaftarkannya dalam mana-mana kejohanan untuk tempoh dua tahun selepas Lee Zii Jia memutuskan untuk meninggalkan skuad kebangsaan.
Semua pemain perlu mendapatkan kelulusan persatuan bagi menyertai kejohanan di bawah kelolaan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).