Tindakan mahu singkir Aminuddin sebagai MB tidak patut berlaku

Oleh ARIF ATAN

Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke mengeluhkan orang-orang PKR Negeri Sembilan berhubung kedudukan Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan yang dikatakan tidak mendapat kepercayaan akar umbi parti itu.

Kata Anthony, kedudukan Aminuddin masih utuh dan kekal selagi beliau mendapat sokongan daripada kalangan anggota DUN Negeri Sembilan.

“Selagi Aminuddin mempunyai sokongan majoriti dalam DUN, kedudukan beliau sebagai MB tidak perlu dipertikaikan mana-mana pihak, ” kata Loke.

Anthony Loke memberi pandangan demikian ekoran ada desus mengatakan MB Negeri Sembilan akan bertukar ekoran ada desakan daripada ahli akar umbi PKR yang tidak mahu Aminddin memegang jawatan pengerusi negeri.

Desakan itu seperti mahu menyingkirkan Aminuddin sebagai MB.

Anthony Loke secara tidak langsung mempertahankan Aminuddin dengan memberi contoh sudah ada percedent (pendahulu) yang mana seorang ketua (PM) tidak seharusnya datang daripada presiden parti.

Beliau seperti menggambarkan kepada kedudukan Ismail Sabri Yaakob menjadi PM walaupun dia bukan presiden.

Kenyataan Loke itu sebagai menempelak segelintir golongan dalam PKR Negeri Sembilan yang cuba menyingkirkan Aminuddin sebagai MB.

Mungkin bagi Anthony tindakan segelintir ahli PKR itu sesuatu yang tidak patut berlaku pada saat parti itu memerlukan kekuatan dan perpaduan.

Ahli PKR di negeri Adat Pepatih itu eloklah belajar berpolitik profesional daripada bekas Menteri Pengangkutan daripada DAP itu.

Tahu dan kenallah masa bila nak bergaduh dan bertumbuk sesama sendiri.