Semakin lama semakin banyak jalan cerita drama di Malaysia yang melibatkan penyondol, seolah-olah hanya itu yang menjual cerita.
Dapat dilihat emosi dimainkan pelakon namun jika kesemua cerita hampir sama maka lama kelamaan orang akan muak.
Buat pelakon dan pengacara, Che Puan Juliana Evans, dia mengaku buat masa ini menolak watak penyondol baik dalam drama mahupun filem lapor Harian Metro.
Jelasnya watak penyondol tidak memberi impak positif kepada penonton maka dia sangat selektif dalam memilih watak ditawarkan.
“Saya juga mempunyai prinsip dalam bidang lakonan di mana mahu membawa watak yang mempunyai mesej memartabatkan wanita.
“Saya tak mahu bawa karakter negatif seperti penyondol. Kadang-kadang bila dapat watak yang kurang sesuai pun saya akan tolak,” katanya seperti dipetik Harian Metro.
Baginya, watak penyondol terlalu tipikal dan mahukan karakter yang lebih antoganis serta bukan untuk menjatuhkan martabat wanita.
“Rasanya hampir semua drama di TV sekarang mesti ada karakter penyondol. Sebagai pelakon, saya tak mahu dikenali dengan watak seperti itu kerana ia merendahkan golongan wanita
“Saya mahu watak yang menonjolkan imej wanita yang kuat, melindungi dan mempertahankan haknya. Itu lebih baik berbanding menjadi perampas suami orang.
“Contohnya, watak jahat yang pernah dilakonkan dalam teater Bawang Putih Bawang Merah sebelum ini.
“Saya mahu tampilkan kelainan dengan menunjukkan kehebatan seorang wanita dan kelebihannya bukan fokus terhadap perkara yang negatif,” tambahnya.
Baca juga: Isteri selamat lahirkan bayi perempuan, Jamal Abdillah timang anak ke-7 di usia 66 tahun