1. InsyaAllah catatan hari ni berkisar tentang kisah fenomena banjir di Sepang pada hari yang ke-7 (24/12/2021).
Lazimnya, saya mula bergerak dari rumah untuk ke Sepang lebih kurang jam 10 am.
Dan selepas itu, saya hanya ikut dan patuh ke mana sahaja team saya akan bawa saya. Depa yang aturkan program untuk saya.
2. Destinasi pertama team kami pada pagi itu adalah ke Taman Mas, Puchong (masih lagi dalam Parlimen Sepang).
Di sana, kami berjumpa sdr Nazri yang juga Ahli Majlis MPS bagi kawasan tersebut untuk menghulur sedikit bantuan yang kami mampu.
Oleh kerana kami lihat ada sejumlah golongan kanak-kanak di situ, maka kami juga hulurkan depa toys-alat mainan. Toys selalu ada dalam kereta saya.
Menurut sdr Nazri, semasa hari pertama dan kedua banjir di situ, keadaan agak teruk juga. Kena guna perahu.
Saya habaq kat sdr Nazri pada waktu itu, pergerakan team kami juga agak terhad sebab terlalu banyak laluan yang ditutup dan ia mengakibatkan team kami tidak boleh bergerak memberi bantuan walaupun kami berhasrat melakukan hal tersebut.
Saya sendiri ibarat terperangkap hanya di Pekan Dengkil sahaja. Saya memohon maaf kerana tak dapat berkunjung ke tempat beliau lebih awal lagi. Alhamdulillah beliau faham dan habaq kat saya “Saya faham YB. YB kena cover lagi banyak tempat. Bukan tempat saya sahaja!” .
Apapun, hubungan team kami dengan saudara Nazri dan team beliau sudah terbina agak lama iaitu sebelum beliau dilantik sebagai Ahli Majlis lagi.
3. Dari lokasi di Taman Mas, kami singgah sebentaq di flat atau Pengsapuri Putra Prima untuk bertemu wakil penduduk di situ tetapi beliau tidak ada di rumah.
Kami difahamkan di kawasan di situ, juga ada terkena musibah banjir, maka kami bercadang menghulur sedikit bantuan kepada depa.
4. Selepas itu, team kami bergerak pula ke PPS di SK Pulau Meranti.
Di sana, kami sempat bertemu pegawai yang bertugas dari JKM yang bertugas di situ dan kami sempat juga bertemu dengan Ketua Kampung Pulau Meranti iaitu Tok Fauzi.
Kami diberi taklimat tentang status terkini tentang keadaan mangsa banjir yang ditempatkan di PPS tersebut. Di samping menghulur sedikit bantuan, kami juga bercadang memberi toys kepada kanak-kanak di PPS tersebut tapi kami diberitahu depa sedang tidur. So, kami tak mahu ganggu depa.
Maka, kami hanya tinggalkan sahaja bungkusan toys yang kami bawa di PPS itu.
Ada seorang kanak-kanak lelaki yang berstatus OKU- tidak berbaju – yang amat gembira bila saya hulurkan toys. Dia minta dua. Kami akur sebab kami amat gembira lihat dia gembira!
Pegawai JKM ada memohon untuk kami bekalkan sebuah mesin cuci pakaian atau washing machine di situ bagi membantu mangsa.
Saya bersetuju dengan idea itu dan bersedia untuk nak belikan sebuah. Esoknya, saya dan team pi Kedai Seng Heng di Nilai untuk cari dan beli.
Tetapi kami diberitahu oleh Tok Ketua oleh kerana PPS di situ dah nak tutup operasi, maka beliau cadangkan kami sumbangkan atau bekalkan beberapa buah rice cooker sahaja. We did. Di samping kami beli rice cooker ada juga pihak yang sudi menderma. Alhamdulillah.
5. Selepas program di PPS Pulau Meranti, saya dan team berehat sebentaq. Jam 3.30 pm kami sambung balik program. Kali ini kami pi edar dedak kambing dan lembu kepada para penternak kambing dan lembu di Kg Giching dan Kg. Labu Lanjut.
Program tersebut adalah anjuran para penternak anak muda dengan kerjasama Pusat Khidmat Parlimen Sepang.
Malam itu, saya dan salah seorang ahli team saya – sdr Ilyas- tidur di pejabat ketua kampung Labu Lanjut @ markaz Tok Lan.
Bila badan dah rasa terlalu letih, tidur di atas sofa di markaz tu pun rasa macam tidur di atas katil di hotel mewah lima bintang!
Sementara itu, ada pihak dari gereja di Sepang yang datang bertemu team kami untuk memohon bantuan di malam Kristmas.
Bersambung ya…inshaAllah.
والله اعلم